Assalamu alaikum wr. wb.
Saya akam mengenalkan kepada anda tentang diri
dan agama Islam. Saya percaya bahwa ajaran tasawuf tidak sesat. Terkecuali itu menyalahi Alkuran dan Hadist.
Berikut penjelasan tentang ajaran tasawuf
yang kali ini akan membahas tentang Makrifat (mengenal Allah Azza wa jalla).
Mengikut pandangan Ulama'; Makrifat atau
Mengenal Allah ada dua jenis
- 1) secara
ilmu pengetahuan (Ilmi) dan
- 2) secara perasaan (Haali)
atau rasa rohani
Makrifat secara perasaan
lebih utama dari secara ilmu pegetahuan sebab perasaan(rasa) yang benar mesti melalui pengetahuan yang benar.
Tapi sebenarnya jika dikaji dan dijelujuri
dengan mendalam kita akan mendapati sebenarnya antara dua perkara tersebut ianya saling berkaitan antara satu sama lain.
Imam Ghazali semasa membahaskan tentang
kedudukan Ilmu Tasauf di antara ilmu-ilmu yang ada di dunia ini, ada menegaskan:
"Ketahuilah bahawa Ilmu Aqli adalah tunggal dengan zatnya [bersendirian iaitu diasaskan atas
akal semata-mata], daripadanya lahir ilmu yang tersusun yang di dalamnya terdapat seluruh hal-ehwal dua ilmu yang tunggal.Ilmu yang tersusun itu ialah ilmu ahli-ahli Tasauf dan jalan ehwal
mereka. Mereka mempunyai ilmu yang khas dengan jalan yang terang yang terhimpun dari dua ilmu.